February 2, 2009 by kasihanda
Elegi Sepi
Artist: Azharina
Saat mentari beradu
Rembulan pun bertamu
Hatiku menjadi sayu
Dalam kesamaran waktu
Mengapakah rinduku
Masih ada dalam kalbu
Sedangkan cinta itu
Sudah berlalu
Mungkinkah rasa bersalah
Masih menghimpit jiwa
Kerna terlalu leka
Membuatmu terluka
Dikau yang begitu setia
Tabah hadapi segala
Namun ku mencari alpa
Kesal akhirnya
Aku pinta kepadamu
Maafkan lah kesilapanku
Aku tahu kau dan aku
Tidak mungkin akan menyatu
Aaa
Apakah yang tertinggal kini
Kesedaran dihati
Yang kan tetap bersemadi
Jadi elegi sepi
Biarlah doa tulusku
Mengiringi jalanmu
Kan menebus silapku
Terhadapmu
Ohhh
Aku pinta kepadamu
Maafkan lah kesilapanku
Aku tahu kau dan aku
Tidak mungkin akan menyatu
Biarlah doa tulusku
Mengiringi jalanmu
Kan menebus silapku
Terhadapmu
………………..
kadang dengar lagu ini..sayu je…hai…jiwa kaco…hehehe..usaha selalu jiwa kaco…jiwa kena tenang…yeee..hehehe
Posted in 1 | Tagged lirik memori lagu | Leave a Comment »
February 2, 2009 by kasihanda
(lagu azaharina..)
Seandainya tidur malamku
Diulit mimpi bersama denganmu
Dan andainya dalam jagaku
Bukannya mimpi namun realiti
Kan kugubah puisi indah
Seribu makna
Demi kasihku padamu
Aku rindu kepadamu
Siang malamku
Bagai tak menentu
Oh Tuhanku kabulkanlah
Demi bahagia
Yang kudamba
( ulang dari mula )
……………….
memori lagumu…emmm indahkan…dulu aku tak faham maksud lagu ini…kerana ketika itu aku rasa cinta itu tidak ada pun tak apa…sekarang baru aku faham..dan mengerti lirik lagu ini..kepada yang menitipkan lirik ini…terima kasih dan maaf kerana aku pada masa itu masih lagi dungu…hehehe..tak tahu apa2…kemudian tatkala kamu pergi baru aku tahu apa yang tersurat di hati…hehehe aku dah terlepas keteapi…ok tak apa la..itu semua lumrah hidup..jalan kita kadang tak sama..kamu dengan dunia kamu aku dengan dunia aku…tetapi kita tinggal di dunia Allah, melihat bulan yang sama dan berdoa..kepada Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang..semoga jiwa kita tenang aja ya..selamt selalu di manapun kita berada..amin.
Posted in 1 | Tagged lirik memori lagu | Leave a Comment »
February 2, 2009 by kasihanda
“… bila tiga wujud, akhir sudah menjadi pasti!” – Perindu
Merenung kembali pesisiran hidup, ada kenangan disetiap jejak yang tak mungkin dilupai. Sesekali bayu mengusik nakal, menghapuskan jejak di pasiran, seolah ingin menyatakan sesuatu… Barangkali ingin memberi petanda biarpun jejak itu tiada kekal namun bayangnya masih wujud disatu sudut yang terdalam… barangkali ada sesuatu untuk dibualkan disuatu hari yang hening saat temu tempat yang dituju.
Merenung langit yang penuh kegelapan, ada sesuatu yang sedang dinanti, yang pasti sinaran rembulan tidak bisa lagi menjamah diri…. Barangkali syair melankoli sang pungguk bisa menenangkan atau sesekali nyanyian unggas bisa memberi damai. Saat letih bertamu… cukuplah sampai disini… barangkali yang dijanji itu bukan yang diimpikan… Ada waktunya menerima sebuah kenyataan adalah lebih sukar dari membina angan kosong tuk menyedapkan hati. Benar, kenyataan itu amat menyakitkan bilamana diri tiada pernah bersedia menerima kegagalan…
Entahlah mungkin rajuk tiada kan terpujuk atau sebetulnya tiada pernah minta dipujuk. Sendirian didalam perjalanan kehidupan ini, telah mengajar seribu satu makna. Seringkali jua diri ini jatuh tersungkur, kalau tidak kerna silap sendiri pasti ada tangan durjana yang iri hati. Sungguh meladeni kehidupan ini lebih mencabar diri… Namun bila letih menguasai diri… cukuplah disini… kerna telah terbukti usai waktu ku ini, dibawah pepohon yang merimbun ku tumpang berteduh… Mungkin jua diri ini telah mulai rasa bosan melihat tingkah kemunafikan binatang bertopengkan manusia… mungkin lebih baik begini…..
Semoga diri ini akan terus tabah….
Salam kerinduan, salam kasih sayang buat semua teman diluar sana semoga kebahagian milik kalian….
*nota*
- Pihak pentadbir dari Hellobebeh.com telah mengambil keputusan untuk menamatkan khidmat blog percuma ini. Sekian Terima kasih.
- Kepada psychotic yang asyik bertanya kepada Mr Google tentang komen saya atau hubungan saya. Nasihat saya silalah pergi jumpa pakar sakit jiwa. Sungguh sikap kamu yang menjelikkan telah membuktikan sikap diri kamu yang sebenar. Tidak perlu hantar email atau ingatkan ayat-ayat dari kitab pusaka, sungguh ayat itu sebetulnya untuk kamu rujuk kerna ternyata kamu adalah dari kalangan mereka yang tak faham bahasa.
“… aku tidak pernah minta difahami, tidak pernah juga minta simpati… kerna jalan ini aku yang pilih dan sungguh ranjau yang menikam adalah kenangan yang tidak terlupa dan sungguh parut yang ada, bukti kewujudan aku!” – Perindu
Posted in Iktibar kasih | Leave a Comment »
February 2, 2009 by kasihanda
doa
salam..lama dah tak datang..cari pintu tak jumpa dah…hehehe..hai..rumah yang ku tinggalkan sunyi sepi, sedih sayu, penuh memori dan dedaun rindu jatuh satu persatu…hehehe..ni tuan umah try2…moga jadi dan boleh berkampung lagi di sini..hehehe..rumah kita..kita la boleh apa saja..di sini bahagia kita…insyaAllah..
Posted in Bicara kasih | Tagged Bingkisan kasih | Leave a Comment »
June 6, 2008 by kasihanda
mwlay
………………….
kataku:
hari ni..baru tau ilmu ni..tak sesat dah…hehehe…semoga terhidbur…..
saya suka lagu ni…semoga…tenang kasih sentiasa…amin..amin
Posted in Lagu kasih | Leave a Comment »
June 6, 2008 by kasihanda
getaran cinta di hati
ee
………………
kasih kata:
saya try-try…masuk lagu..alhamdulillah dah boleh masuk..sekarang ni wordpress dah..berubah sikit..semakin update dah fungsinya…kadang2 pening juga la..ko buat aku ni…hehehe..hai wordpress..tapi caramu bagusla..berkenan aku…terkenan aku…hehehe
Posted in Lagu kasih | Leave a Comment »
June 6, 2008 by kasihanda
kias cinta
…………………
kataku:
sy…suka lagu..ni terbuai2 rasanya..melayang2 kasih..dibuatnya…hehehehe
Posted in 1, Lagu kasih | Leave a Comment »
June 6, 2008 by kasihanda
pelangi kasih,
indah jaluran di pandangan mata
merentang kiri dan kanan langitnya.
tika aku di tengah-tengahnya …
terpegun aku dengan keajaibannya.
merenungku lama,
mencari tujuan dan hala tujunya.
kenapa mengapa dan bagaimana,,,
semakin aku cari semakin sukar mendapati jawapannya.
semakin ku kejar semakin jauh larinya tak jumpa..
lalu aku mengambil keputusan.
untuk berhenti sahaja..dan memandang dengan sayunya.
aku biarkan pelangi kasih menghilang dalam kabus terang..
aku doakan kesejahteraan dari masa ke semasa
itulah selayaknya seorang hamba..
sayang..bayu berpuput
menyampaikan perkhabaran,
sesungguhnya pelangi kasih ku ceria dan tenteram
pelbagai warna menghiasi kamar hidupnya,
usah aku mengetuk pintu menyapanya.
-kasih-
Posted in Puisi Kasih | Leave a Comment »
June 6, 2008 by kasihanda
Salam sayang, salam sejahtera,
dahulu aku memuja bulan. merindui bulan, menulis puisi buatmu bulan, menangisi keranamu bulan, bila bulan datang aku kegembiraan, tetapi bila bulan menghilang aku kesedihan..setiap hari aku menunggu bulan, bila siang aku tertanya-tanya kemanakah bulan menghilang dan dengan siapakah bulan bercanda riang…tetapi pabila malam bulan tidak nampak bayang, mungkin dalam fasa-fasa gelapnya dan kesibukannya di ruang sana aku kesedihan pilu meragut, kasih menanti dan berdoa agar bulan sudi menyapaku lagi..
Suatu hari kawan ku bertanya mengapa kau memuja bulan, pujalah yang mencipta bulan. Kerana bulan itu yang dijadikan Tuhan, sudah pasti punya kelemahan.. Tetapi pujalah Pencipta bulan sudah pasti Dia lebih sempurna dan tidak akan mengecewakan….lalu aku terfikir, aku termalu ..dn aku tersedar tentang kebenaran katanya…sudah lama aku membuang masa, sudah alama aku membuat airmata, sudah lama aku membuang rasa…aku sudah insaf. Terima Kasih sahabat..menunjukkan aku jalan dan sungguh suluhan cahayamu menerangkan hatiku membuka hijap tirai kelabu yang menutupi pintu hati, telah menyuci karat2 hati melekat di dinding rasa, telah memberiku cahaya keinsafan yang terang…
terima kasih sayang…
Posted in Bicara kasih | Leave a Comment »
June 6, 2008 by kasihanda
Syahdunya subuh,
Bahangnya zohor,
Nyamannya asar,
sejuknya maghrib,
dan rindunya tahajud padaMu
Pencipta kasih..
terimalah rindu kasihku
belas kasihanlah daku..
dalam rahmatMu….
-kasih-
Posted in Madah kasih | Leave a Comment »